Use your smile to change the world. Don't let the world change your smile :)

Monday, 31 October 2011

Al-Fatihah to my beloved cousin )=

Muhammad Faizal bin Bahari
18 tahun
lahir : 16.9.1993
wafat : 19.10.2011 
# kemalangan 1km dari tol tangkak .

Pagi rabu , pukul 2 pagi , handfhone aku berbunyi ada orang call . Disebabkan aku tak tahu tu no siapa aku ignore then aku tidur balik . Pukul 3 pagi parent aku kejutkan aku and cakap ''angah dah meninggal accident dengan lori'' aku tak percaya langsung then aku baring je . Mak aku datang balik dekat bilik aku then cakap ''bangun lah , kemas baju nak balik kampung , angah dah meninggal lah .'' aku bangun dalam keadaan tertanya-tanya . aku tanya mak aku ''angah mana ni ?'' mak aku jawab ''angah faizal lah'' astaghfirullahalazim , gila terkejut , tak percaya gila lah . masa kemas baju . aku menangis dan teringat kat dia . aku keluar dari bilik aku nampak pakcik aku tunggu kiteorang kemas baju sambil menangis borak dengan ayah aku.. Dalam perjalanan nak balik kampung aku dekat johor tu . aku menangis sampai aku tertidur . Sampai je dekat tol,tangkak keadaan dekat sana macam tengah musim jerebu pulak . kabus tebal . sampai kereta pun macam tak nampak sangat lah . Kiteorang terus singgah kat Hospital Tangkak , Johor nak tuntut mayat angah tapi tak boleh kena tunggu sampai pukul 9 . Hospital tu berdekatan dengan balai polis . Kat depan tu ada lori . and pakcik aku cakap itulah lori yg dilanggar oleh angah . Kiteorang balik dekat kampung , sampai je dengan suasana sayu dengar orang menangis . yang kami mampu cakap sabar menerima dugaan . Pukul 9 , ayah aku dengan pakcik aku . serta abang arwah pergi hospital sebab nak tuntut mayat dengan pergi balai polis nak tengok motor . mula-mula diorang pergi balai polis . abang arwah sempat ambik gambar motor tu . nak tengok ???????????



hahh oky . teruk tak ????? humm ,.. kalau motor teruk macam ni korang rasa mayat dia macam mana . Makcik aku ye2 nak ikut . tapi diorang tak bagi takut pengsan .. humm kalau boleh kan aku pung nak ikut jugak . tapi tak boleh nak buat macam mana . nanti diorang kata aku mengada-ngada pulak .. then diorang balik ceritakan keadaan mayat arwah angah T_T .. kepala angah macam retak kedalam . kat dada angah diorang kata berlubang . maybe angah tersangkut baru tercampak . AHH tak sanggup nak cerita . humm , pukul 12 tengahari mayat angah sampai ke rumah . kiteorang nak tengok mayat angah tapi ramai orang yang tak berkaitan sebuk je nak tengok !! eishh , tak adil .. tapi dapat tengok jugak .. then , then , then .. aku tengok muka dia pucat je :'( lepas tu dia disembahyangkan .. lepas tu tak sampai 10 minit terus bawak dia ke kubur .. kitaorang follow lambat sikit then sampai-sampai tengok dia dah masuk dekat dalam kubur .. emm :'( .. ''angah dah tidur dalam tanah dah buat selamanya" humm ... SO peringatan untuk korang . lepas balik dari kubur please mandi sebab takut kena badi mayat . and jangan sentuh baby lepas balik dari kubur takut baby tu kena sawan .

No comments:

Post a Comment

you can leave your comment here :)

Flurry Of Hearts